
Kehadiran : Aimee, Afifah Mat Asin, Sakinah, Al 'Aina, Kak Siti, Afifah Jamaludin, Ashima.
Assalamua'laikum wbt.
Setiap alam itu bawa makna, kerana tiada satu pun perkara di dunia ini yang dijadikan sia-sia. Semuanya untuk dimanfaatkan manusia, sama ada untuk diguna secara terus atau diambil pengajaran dari sifatnya atau.... atau apa sahaja yang dikatakan manfaat/kebaikan.
Apa yang dapat dipelajari dari angsa?
Cuba lihat angsa...Boleh dimakan (kan?). Siapa mahu makan, silakan. Tapi bagaimana dengan orang yang tak makan angsa? Adakah angsa itu tidak bawa kebaikan/manfaat kepadanya? TIDAK....., ada manfaatnya tetapi hanya bagi mereka yang mahu berfikir, memahami dan melakukan. Alhamdulillah. Berhasil menjumpai satu video yang memberitahu tentang apa yang boleh kita pelajari dari angsa. Lihat dan tafsirkan sendiri apa yang kamu boleh pelajari dari angsa.
Alam lain lebih mulia ?
Alam lain mungkin lebih mulia dari kita kerana tidak pernah mengingkari perintah Tuhan. Tatkala kita lupakan Tuhan, sedangkan kita telah dijadikan makhluk terbaik, alam lain lebih mulia dari kita. Walaupun tidak diberi pilihan untuk menjadi yang makhluk terbaik, alam lain redha dan terus patuh malah bertasbih memuji Allah. Manusia? Banyak yang perlu kita manusia belajar dari sifat patuh dan redha makhluk Allah yang lain.
"Apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Perkasa, Mahabijaksana." (al-Hasyr,59:1).
"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun." (al-Isra', 17:44)
Cinta pun bertasbih tau.
Alam bukan guru kita.
Allah berkomunikasi dengan kita SETIAP MASA melalui alam-Nya. Tapi kadang-kadang kita terlepas pandang kerana tidak memikirkan. Kita sangka ia hanya untuk sedap mata memandang, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Allah 'bercakap' dengan kita! Dan kita, sering membiarkan Allah 'bercakap sendirian'.
Allah mengajar kita nilai kerajinan dan kesungguhan dari semut yang selalu dimarahi kerana 'berkongsi' makanan manis dengan kita. Allah mengajar kita tentang kesetiaan melalui anjing yang selalu dipandang kotor dan dihina. Allah mengajar tentang kasih sayang melalui buaya yang ganas (juga melalui kucing bak cerita Al 'Aina).
Cuba lihat alam. Di mana lagi Allah selitkan nilai kerajinan, kesungguhan, kesetiaan, dan kasih sayang? Lihat dan fikirkan lagi, di mana Allah titipkan nilai kesopanan, kesederhanaan, kepatuhan, kejujuran, kebijaksanaan, keyakinan dan lain-lain.
Alam, Allah jadikan untuk kita. Manfaatkannya, jangan sia-siakan apatah lagi memusnahkan. Jagalah alam untuk kepentingan semua.
Cukuplah setakat ini. Terima kasih semua atas perkongsian bermakna.
Cukuplah setakat ini. Terima kasih semua atas perkongsian bermakna.
Kita alam juga,
Nurul Afifah Jamaludin.
TEKA-TEKI: Alam apa yang paling 'friendly'?
2 comments:
i try : alam manusia
btol x?
"dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya, tidak ada yang mengetahui selain Dia.Dia mengetahui apa yang di darat dan di laut.tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya.tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering ,yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)"
(al-an'am:59)
Post a Comment