BILA KITA INGAT
MATI?
"Setiap
yang bernyawa pasti merasai mati, dan sungguh di hari kiamatlah disempurnakan
pahala kamu..." (Ali Imran,3: 185)
Satu soalan untuk memuhasabah diri:
"Bila kita ingat mati?"
-bila?emm, entah. tak ingat bila...
-bila ziarah orang meninggal...
-bila tengok accident...
-bila ziarah kubur...
-bila dengar tazkirah pasal mati...
-bila baca sesuatu pasal mati...
-bila kita sakit teruk...
-bila dapat mimpi ngeri, mimpi mati...
-bila tengok drama pasal mati...
-setiap saat dan setiap ketika...
-bila menulis blog pasal mati...
-bila kita rasa macam dah nak mati...
atau bila agaknya?
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Banyakkanlah mengingati sesuatu
yang menyebabkan hilangnya semua kelazatan (iaitu mati)"
Takut nak mati...
Saya pernah berhadapan dengan perasaan yang sangat takut, takut nak mati. Manakan tidak, dosa bertimbun-timbun, amal sikit sekali (belum tentu amal yang sedikit ini Allah terima.) Satu hari dulu, saya enggan menunggu bas di perhentian kerana perasaan takut dirempuh kenderaan yang lalu-lalang. Saya bayangkan dirempuh lori. Takut mati di situ, saat itu. Perasaan takut ini hadir dalam diri lepas saya mengalami satu mimpi ngeri, ditambah dengan pelbagai cerita kemalangan di muka akhbar. Saya seperti melarikan diri dari mati saat itu. Saya lupa firman Allah SWT yang bermaksud:
"Katakanlah: "Sesungguhnya
kematian yang kamu lari daripadanya, sesungguhnya ia akan menemui kamu;
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui segala yang ghaib
dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah
lakukan(serta membalasnya)". (al-Jumuah, 62:8)
Betapapun saya cuba
lari darinya, takkan mungkin berjaya kerana MATI ITU PASTI, masa dan tempatnya
juga.
Firman Allah lagi,
Firman Allah lagi,
"...Seseorang tidak mengetahui apa
yang akan diusahakannya esok; dan seseorang tidak mengetahui di bumi mana dia
akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal."
(Luqman, 31: 34)
Berita-berita
kemalangan di TV dan akhbar buat saya takut untuk keluar ke mana-mana. Takut
jadi mangsa jalanraya. Takut mati. Keluarga keluar, saya tinggal di rumah.
Kononnya rumah lebih selamat. Saya lupa lagi, MATI ITU PASTI.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Di mana jua kamu berada, nescaya
kematian akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), meskipun kamu berada dalam
benteng-benteng yang tertinggi" (An-Nisa, 4:78)
“ …Maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta kelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya” (An-Nahl:61)
“ …Maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta kelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya” (An-Nahl:61)
Allah dah tentukan
bila tarikhnya, bila masanya, di mana tempatnya kita akan mati. Kenapa perlu
lari?
Hadapi Mati...
Hadapi Mati...
“ Maha Suci ALLAH yang menguasi segala
kerajaan, dan DIA Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang Menciptakan Mati dan
Hidup untuk menguji siapa antara kamu yang terbaik amalannya, dan DIAlah yang
Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” Surah Al-Mulk ayat 1-2.
Abul-Laits berkata:
"Siapa yang yakin akan mati, maka seharusnya bersiap sedia menghadapinya
dengan melakukan amal yang salih dan meninggalkan amal kejahatan (dosa), sebab
ia tidak mengetahui bilakah datangnya mati itu kepadanya. Sedang Nabi SAW telah
menerangkan pada umatnya supaya mereka benar-benar bersiap-siap untuk
menghadapinya dan supaya mereka sanggup sabar dan tabah menghadapi penderitaan
dunia, sebab penderitaan dunia itu termasuk seksa dunia. Sedang seksa dunia ini
jauh lebih ringan dibandingkan dengan seksa akhirat, sedang maut termasuk dari
seksa akhirat."
Abu Hamid Allafaf berkata: "Siapa yang sering ingat mati, maka dimuliakan dengan tiga macam: Segera bertaubat, terima terhadap rezeki (tidak tamak) dan tangkas beribadah. Sedang orang yang selalu lupa akan mati, terkena akibat tiga macam: Menunda-nunda taubat, tamak dalam rezeki dan malas beribadat."
Nabi SAW bersabda:

"Orang yang sempurna akal ialah
yang selalu mengkoreksi dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. Sedang
orang yang bodoh ialah yang selalu menurutkan hawa nafsunya, dan mengharap
keampunan Allah (yakni tanpa amal)."
Hingga kini, saya masih takut mati. Memikirkan nasib di SANA setelah terputus segala ruang dan peluang mencari bekal hidup selepas mati. Semoga kita bertemu husnul khatimah atas redha dan kasih sayang Ilahi.
Sumber:
1. Al-Quran dan terjemahan
2. Tanbihul Ghafilin (Abullaits assamarqandi)
3. Liku-liku Perjalanan ke alam barzakh (Drs.Syahrin Nasution)
4. Hidup Sesudah Mati (Bey Ariffin)
Sama-samalah
mengingati mati.
(p/s: sahabat-sahabat digalakkan membaca buku-buku di atas dan buku-buku serta bahan bacaan lain dan mengikuti majlis-majlis ilmu untuk mendapat pengetahuan yang lebih tentang perihal MATI. Semoga takut kita bertambah dengannya dan menggerakkan hati untuk beramal dengan lebih giat menghadapi MATI YANG PASTI.)
.::. Terlalu Letih Untuk Mati - Saifulislam.com
.::. Khutbah Jumaat: Takut Yang Sudah Tercabut Itu - Saifulislam.com
.::. Mati kan senang - Peminggir Kota
.::. Sejenak Perihal Mati - Carefulness
.::. Dan dia benar-benar pergi - Langit Ilahi
.::. Kalaulah Yang Mati Itu Kita - Langit Ilahi
.::.Bilakah Giliran aku? - Cahaya Bisikan Rahsia
.::.Ia Makin Dekat - Strive 4 Mardhatillah
.::. Hidup Sementara, mati tiba-tiba - Mohd Hafizullah Yatim
.::.Mati itu Pasti - Layaran Bahtera Kehidupan
-mengharap redha dan kasih sayang ILAHI.
nota buat diri, 11 Mei 2009, 1.37am.

No comments:
Post a Comment